Tuesday, July 12, 2011

coretan hidupku...part I

Dimulakan penceritaan ini dengan bismillallah...Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ku ya Allah seandainya apa yang telah aku katakan, yang telah aku coretkan dan juga yang bakal aku coretkan disini menyalahi peraturan-Mu ya Allah...aku cuma insan dan hamba yang lemah dan hina yang hanya mampu meluahkan apa yang terbuku di dalam hati milik -Mu ini ya Allah dengan selemah-lemah cara iaitu mencoret di sini...bimbinglah hamba-Mu ini ke jalan yang lurus ya Allah dan jangan lah engkau bolak-balik kan hati yang telah kau beri petunjuk ya Allah...ampunkan juga dosa kedua ibu bapa ku yang telah membesarkan ku ya Allah..tempatkan lah roh apak ku di kalangan orang-orang yang beriman ya Allah...berikan lah kekuatan dan kesihatan untuk terus hidup kepada ibu ku ya Allah..berikan juga kekuatan semangat kepada kami adik-beradik untuk menghadapi semua masalah dalam keluarga kami ya Allah..berikan lah kejayaan di dunia dan juga di akhirat kepada kami ya Allah...sesungguhnya engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu ya Allah...AMIN YA RABBAL'ALAMIN~

Aku dilahirkan pada bulan kemerdekaan, pada tanggal 17 Ogos...bunyi tangisan bayi terdengar pada 7.08 malam di Hospital Besar Melaka...lahir di hospital sudah tentu disambut oleh doktor kan...terima kasih ye doktor sebab bantu seorang wanita yang kesakitan itu untuk mengeluarkan ku dr kurungan yang selamat dan selesa itu...memisahkan tali pusat yang bersambung antara mak dan aku...terima kasih mak kerana telah menggadai nyawa mak dan mengizinkan princess untuk menyakiti mak semata-mata untuk melihat dunia yang fana ini mak..dan maafkan princess seandainya kesakitan itu masih lagi berbekas...dan yang paling penting, terima kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan nyawa ini kepada princess dan juga memanjangkan umur mak selepas berhempas pulas menahan kesakitan menjalankan tanggungjawab seorang wanita, iaitu melahirkan hamba-Mu ini...terima kasih ya Allah...

Berbekalkan sekeping surat beranak bersaiz A4, princess dibawa pulang oleh ibu dan apak...kertas bersaiz A4 yang merekodkan segala butiran princess, ibu dan apak...pada saat dan ketika princess dibawa masuk ke dalam keluarga itu, ibu dan apak telah mempunyai seorang anak lelaki..kira-kira itu abang princess la kan..jarak umur kami cuma setahun...kehadiran princess disambut dengan penuh kehangatan dan kemesraan dari nenek princess sebelah ibu dan juga adik-adik ibu yang laen..

Princess membesar dengan sihat dan semakin tembam dan gebu...bertemankan abang princess, princess bermain, bergurau dan juga bergaduh...macam mana abang princess beraksi semasa bermain, macam tu juga lah princess tiru...abang pakai tshirt dan seluar, princess pun pakai tshirt ngan seluar...sampai Mak Mia yang mengasuh kami berdua cakap pada ibu, "Lah, cube la kau buatkan anak pempuan kau ni baju kurung ke, skirt ker...ni tak..asyik pakai seluar jer..da macam anak jantan da akak tengok kan...". .maka, ibu pun belikan lah princess baju kurung dan juga gaun yang cantik-cantik..tapi dah nama nya berkawan ngan lelaki, baju kurung dan gaun-gaun cantik tu pun terselak lah...sama jer perangai nya walau pakai ape pun...bila abang pergi 'memancing' dengan anak jiran sebelah, princess pun ikut sekali..kami pergi 'memancing' berudu dekat longkang simpang deretan rumah teres kami...'joran' kami da tentu lah tapis sayur ibu kat dapur tu...hasil tangkapan kami, kami simpan dalam plastik yang kami isi air longkang dan di ikat..maka matilah berudu-berudu yang kami panggil 'ikan' itu keesokan harinya..bila da mati, kami pergi menangguk lagi ...koleksi permainan princess takde yang berunsur ladies..sume nya pistol, senapang, kete kebal, kete polis, lastik dan sume tu princess share ngan abang..malah ada juga gambar kami berdua yang telah diambil bersama pistol dan senapang tu...comel sungguh gambar tu..dan kenangan yang ibu paling suka ulang masa kami dalam kereta..bila abang letak kaki kat atas cermin belakang kete, princess pun nak buat jugak...maka terlorot lah kain baju kurung princess..alangkah bahagianya seandainya masa itu bisa diundurkan...alangkah tenang nya fikiran seorang kanak-kanak yang hanya tahu bermain dan bermain dan seterusnya bermain...

Masa berlalu pantas dan princess pun di daftarkan di tadika Islam (abim namanya kalau tak silap princess)..setahun kami berdua di tadika itu..bila princess 6 tahun, dari Bukit Serindit, Melaka kami sekeluarga berpindah ke Jasin..Maka princess pun bertukar ke tadika Kemas di kampung princess..Apak selalu cerita kenangan kami duduk di kampung..bila nak mandi pagi, apak akan masak air tuk mandikan princess ngan abang..sebab air lam kolah kat umah atok tu sejuk sesangat...sejuk sampai menggigil kepala lutut ni...gigi ni boleh berlaga ....punya lah sayang apak ngan kami, dia sanggup masakkan air panas, tuang dalam baldi,campur dengan air sejuk dan rasa cukup suam ke tak..tu lah rutin apak setiap pagi masa kami duduk di rumah atok sehingga la kami pindah ke rumah sewa di kesang..masa mula-mula kami duduk rumah atok, princess baru 6 tahun..jadi, setiap pagi princess akan pergi ke tadika kemas tu ngan atok atau awe..atok akan hantar princess naik moto vespa yang bunyi bising tu...tot..tot...tot...bile balik pulak awe yang akan jemput princess jalan kaki..awe baik sangat..sume orang kata awe baik..jam belum pukul 11 lagi awe da sampai...sharp kul 11, princess lah orang pertama yang keluar dari bangunan tu..itulah rutin hidup princess sampai lah princess bertambah umur..bila da tambah umur, kira nya da kena masuk sekolah betol..alamak....macam-macam ada dalam fikiran princess..tahun depan da kena pegi sekolah lah...alaaaaaa.....nak taknak, kena masuk jugak kan...

Tahun berubah dan kami sekeluarga dah pun berpindah ke rumah sewa...princess pun mula bersekolah di sekolah rendah di seberang kawasan perumahan tu...darjah satu...memang menyeronokkan jadi pelajar darjah satu sampai la darjah tiga..pegi sekolah tu merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan...pagi-pagi bersiap, sarapan sambil dipaksa minum susu tepung yang apak buat, apak hantar sampai pagar sekolah, masuk kelas, jumpa kawan-kawan, belajar, main sampai comot-comot baju sekolah, pastu baru balik...kat rumah makanan tengahari da siap hidang atas meja oleh makcik yang menjaga kami adik beradik...lepas zohor akan ada seorang pakcik yang datang menjemput princess dan abang dan menghantar kami ke surau di kampung kemengkang untuk belajar mengaji...princess tak pergi ke sekolah agama macam kawan-kawan princess yang lain..diorang sume g sekolah agama pada waktu petang...princess cume pergi ke sekolah agama masa princess darjah 6..itu pun sebab nak dapat kan sijil SSRA ..sijil nie diperlukan untuk masuk ke sekolah menengah agama...masa princess kat tempat mengaji, princess jadi ketua ngan sorang lagi kawan baik princess..kami menjadi anak kesayangan ustaz...selalu nya sebelum balik, semua orang kene beratur depan pintu..ustaz akan soal macam-macam...suh baca doa la...surah-surah lazim la...bacaan dalam solat pun ada...tapi princess ngan besfren princess ni selalu je dapat soalan senang-senang...then, kami dapat la balik awal...kadang-kadang tu kami yang jadi tukang soal...apa lagi...pilih kasih bermula la...kami akan pilih mereka-mereka yang geng ngan kami je dlu...dan sudah tentu soalan untuk mereka pun yang kacang-kacang jer...hihi...ada lagi satu rutin harian kami iaitu tadarus al-quran sebelum azan asar...hanya orang-orang terpilih jer yang dapat peluang tu...bacaan al-quran yang berlagu tu akan berkumandang dan satu kampung boleh dengar sebab mikrofon di gunakan...dan salah seorang yang masuk giliran tukang baca, princess lah...nanti bile balik dari surau mesti nenek tanya' "yah ke yang baca td?".."eh, nenek dengar eh...a'ah..arini giliran owg baca...". sementara tunggu apak datang, princess ngan abang akan duduk kat umah atok..umah atok kat sebelah surau tu jer...bila apak datang, apak pulak yang belajar ngaji ngan ustaz tu...kadang-kadang princess saje je nk nyibuk-nyibuk kat surau tu mase apak ngah mengaji...

ini lah rutin hidup princess sampai lah darjah 6...sebab masa darjah 6 princess da tak mengaji kat surau tu lagi...princess da masuk sekolah agama...bila da masuk sekolah agama, princess da boleh pergi sekolah sendiri..sebab sekolah tu tak perlu lintas jalan besar..kayuh basikal jer...pergi sekolah pagi naik basikal,balik rumah kat kmpg kesang jaya, makan, salin baju, pakai baju putih ngan kain ijau, kayuh basikal pergi sekolah agama kul 2 sampai lah pukul 4.30 petang..biasanya masa pergi sekolah, pergi sorang-sorang..masa balik tu yang best sebab dapat balik ngan kawan-kawan...main lumba basikal..kadang-kadang sengaja ikut jalan jauh..amik kesempatan tuk jalan-jalan..sebab princess ni kalau da sampai rumah, da masuk rumah, memang payah nak kluar..

Keluarga princess sangat2 menitikberatkan pelajaran..jadi masa untuk bermain tu memang dikurangkan..lagipun princess memang dah terdidik untuk duduk di rumah..kadang-kadang, apak akan ajak princess main badminton kat laman istana kami..excercise katanya..keluar peluh...apak pun suka jogging tau...tiap-tiap ari ahad pagi, dalam pukul 7, die akan ajak princess teman die jogging..tapi princess ni suke cengelat..kadang-kadang princess teman apak ngan basikal...hihi...penat la jogging...apak suka pusing satu kampung tu..jauh tu...semput dibuat nyer...lepas abes jogging, apak singgah kat kedai india surat khabar, beli berita mingguan ngan mingguan...pastu kadang-kadang, apak beli roti canai...